Jejak Hidupku


Assalammualaikum
New journey yang amat menyedihkan 
now eiqa dah sambung study , bermula dari hidup zaman persekolahan
zaman pekerjaan yg banyak menguji kesabaran 
Hinggalah satu saat zaman IPT 

Firstly 
rasa teruja sangat bila ada masa nak berblogger semula hehe
lama dah tak update pape sejak habis Test SPM dulu

Parkson , tempat eiqa kerja first sekali
gaji pertama RM100 haha kesian sungguh , tapi sebab eiqa masuk dah hujung bulan
kerja situ pun cadangan abang angkat eiqa
sepatutnya ikut dia jadi cashier , tah macam mana jadilah promoter
Nicole , Tuh la jenama yg eiqa tukang promote kn haha
masa tu kenal dengan kak yanie , kak nurelina
Hingga la sampai satu tahap eiqa jumpa Nurul Syahidah yg telah merubah perjalanan hidup eiqa
dari seorang promoter kepada cashier

Nanyang Kopitiam 
banyak kenangan yg eiqa cipta kat sini
Adhah , Nurul , Justin , Khai , Aisyah , Gowree , Farra , Abg Rafiq
dan yg paling eiqa tak boleh lupa Mr Pan :')
sejujurnya eiqa rindu nak kerja kat sini semula 
masa tu juga la eiqa kenal Abi and Nadzhif
tapi nak buat macam mana tempat tu tak layak untuk eiqa

Kemudian eiqa beralih arah ke Pizza Hut
lebih banyak duka dari suka
disebabkan persahabatan kami yg kukuh
bila Khai berhenti , kami pun follow la dia
seminggu menganggur hinggalah eiqa kerja di A&W
Alhamdulillah
ini lah jodoh eiqa walaupun hanya seminggu disitu

Surat tawaran belajar pun sampai
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Pada awalnya eiqa memang taknak belajar kat situ and tak pernah tahu pasal kolej ni
Satu hari disebabkan terlalu tertekan takde tawaran dr mana-mana IPT kerajaan
Farah bagi idea untuk mendaftar ke kolej tu
dengar perkataan ISLAM mestilah fikir kena ada basic arab bagai
hahaha
Farah yang meyakinkan eiqa untuk ke kolej ni
jadi , eiqa cubalah 
pada awalnya eiqa memang teruja sampai satu ketika eiqa rasa " eiqa taknak kesitu "
oleh sebab mama n ayah paksa jadi 3/6/2013 mulalah saat eiqa mendaftar ke KUIM

Seminggu pada awalnya semua ok je
sehinggalah kami ditukarkan rumsis dari Tun Teja ke Saidina Umar
itulah saat yg membuat eiqa sentiasa kemurungan 

Eiqa rindu kawan-kawan eiqa
Eiqa rindu rumah eiqa
Eiqa rindu nak kerja semula

selama ni eiqa fikir zaman pekerjaan paling teruk
sehinggalah
eiqa jumpa orang yang digelar "SENIOR"

Kadangkala apa yang kita lihat tak seperti yang kita sangkakan
Bila eiqa menangis orang akan kata macam-macam
sebab dia tak merasai nya

Eiqa beharap semuanya akan berakhir
Samaada eiqa akan keluar dari KUIM atau eiqa bertahan disini
eiqa harap setiap yang berlaku ini ada hikmahnya
Semoga setiap air mata yang eiqa mengalirkan 
akan tercipta satu kebahagiaan yg membuat senyuman terukir di bibir eiqa suatu hari nanti
INSYAALLAH 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...